========================================================



.: Nasib islam & Segitiga bermuda

Rahsia Misi Dajjal Di Timur Tengah oleh Ibnuyaacob;
Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan. Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang? Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah
mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya? Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan… Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang;
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam


Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal;
Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak. Benarkah begitu? Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal;
Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW
Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .
(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu. Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah….
“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”. Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s. Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa. Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-indiivdu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal;
Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.
Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….

a.. Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.

b..
Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah 'superhero' untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi. Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut :


#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran.
Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”

(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein. Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi. Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal. Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.

Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam. Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu. Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orang awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?
Adakah ianya kebetulan?


#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim.
“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”
(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:
“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi. Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas???

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

Kesimpulan;
Pada pandangan peribadi, saya amat yakin tujuan sebenar Dajjal menakluk dan menguasai ekonomi negara bukan sahaja di atas faktor politik dan ekonomi, tetapi ianya sebenar dijadikan jalan pintas untuk meninjau dan membendung kelibat atau tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi yang dijanjikan Allah SWT.

Dalam masa yang sama, dengan menguasai ekonomi dunia sekarang, adalah mudah bagi dajjal untuk menguasi manusia, kerana dalam masa sekarang kewangan telah menjadi faktor penting yang dapat mempengaruhi pemikiran dan hidup manusia. tidak hairan la jika sekarang ramai orang kita yang terpengaruh dengan cara, barangan, makanan dan lain2 lagi.

Cuba kita semua bayangkan jika semua yang ada ini dibekukan oleh pihak dajjal ini, maka tidak mustahil ada pihak yang akan tunduk dan sembah pada dajjal. dengan itu selesai lah salah satu misi dajjal...

Wallahu’alam
Renung-renungkanlah .....


(Nik Abdul Aziz Nik Mat)
Pada suatu hari, ada seorang gila cuba hendak membunuh diri dengan terjun dari tangki air di kampungnya.

Maka hebohlah seluruh kampung dan Pasukan Bomba dan Penyelamat dipanggil serta merta untuk memujuk orang gila itu.

Tetapi mereka tidak berjaya memujuk orang gila itu supaya turun dari tangki air, termasuklah penduduk kampung tersebut.

Ditakdirkan Allah di saat-saat yang genting, seorang hamba Allah telah mencadangkan supaya orang gila lain disuruh memujuk orang gila itu.

Secara kebetulan di kampung itu ada lagi seorang gila yang juga member kepada orang gila itu.

Orang gila yang disuruh memujuk itu meminta pisau cukur dari seorang tukang gunting dan menghampiri tangki air itu sambil memegang pisau cukur.

Dia menjerit dalam Bahasa Kelate, Hoi ore gilo, mu turun cepat, kalu mu dok turun, aku tebang tiang taki air nih. Cepat turun, gila ko mu ni.

Maka orang gila yang hendak bunuh diri ni pun berfikir, Kalu aku dok turun, dia ni tebang sungguh nih'.

Baik aku turun, dia ni bukan buleh wat kira, dia ni gila, lamo dia tebang sungguh?. Jadi orang gila itu pun terpaksa membatalkan niatnya untuk bunuh diri.

Moral: Orang gila hanya boleh dilayan dengan orang gilahahahaha hohoho hehehe

.: Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis :.

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah oleh sebab agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....


1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara kitika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera.


1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana.


Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal ( Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi ) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...


1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang kitika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...


Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .


Seminggu selepas.....


Feb 1512; Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)

Alfonso:
selamat pagi

Perisik 1:
Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang

Alfonso:
Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)

Perisik 2:
Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..

Perisik 3:
Betul tu tuan... antaranya..

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang, macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri...... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

kah...kah....kah.......

.: Compaq CQ40 Series Notebook PC for SELL..!! :.

Compaq Presario CQ40 Series Notebook PC For SELL..!!





Compaq Presario CQ40 Series Notebook PC FOR SELL..!!

Compaq Presario CQ40 Series Notebook PC
• Designed to attract attention
• A 14.1" HP BrightView wide-screen with an integrated camera*
• Multiple connectivity and networking options
• Customise CDs with laser-etched graphics**

Compaq CQ40 - 401AU:-
* AMD Turion X2 Dual Core (2.0 Ghz)
* 14″1 WXGA Widescreen LCD
* ATI Radeon HD 3200 Graphics
* 250GB Hard disk drive
* 1024MB DDR2 Ram
* DVD+/-RW Double Layer Drive
* 802.11 b/g Wireless Adapter
* 5 in 1 Card Reader
* Built in webcam
* 6 Cell Lithium-Ion battery
* HP Premier Altec Lansing Speakers
* FreeDOS Operating System
* Compaq carrying bag
* 1 Year International Warranty

Compaq CQ40 - 337TU:-
* Intel Pentium DUAL CORE T4200
* (2.0Ghz, 1MB L2 Cache, 800MHz FSB)
* Free DOs
* 14.1 WXGA TFT BrightView Display
* 1GB DDR2 SDRAM
* 250GB Hard Disk DriveDVD +/- RW Dual Layer
* Intel Graphics Media Accelerator 4500M
* 3 USB 2.0 Ports
* Card Reader, 56K Modem
* 10/100 Base TX LAN
* HP Premier Altec Lansing Speakers
* WIFI Ready, Built In Webcam
* Compaq carrying bag
* 1 Year International Warranty

Compaq CQ40 - 324TU:-
* Intel® Core™2 Duo Processor T6400
( 2.0 GHz, 2 MB L2 Cache, 800 MHz FSB )
* Free DOs
* 14.1” Diagonal WXGA High-Definition HP BrightView Widescreen Display
* 1GB DDR2 SDRAM
* 320GB Hard Disk DriveDVD +/- RW Dual Layer
* Intel Graphics Media Accelerator 4500M
* 3 USB 2.0 Ports
* Card Reader, 56K Modem
* 10/100 Base TX LAN
* HP Premier Altec Lansing Speakers
* WIFI Ready, Built In Webcam
* Compaq carrying bag
* 1 Year International Warranty



3 type of Compaq Presario CQ40 are Available:

1st Compaq Presario CQ40-401AU amd turionx = RM1699 (Negotiable)

2nd Compaq Presario CQ40-337TU intel dual core = RM1750 (Negotiable)

3rd Compaq Presario CQ40-324TU intel core2duo = RM2150 (Negotiable)



*All trade matters will be held around Klang Valley only

*Segala urusan jual beli hanya dijalankan di sekitar Lembah Klang sahaja..
______________________________________________________________________

If u are interested or have any inquiries pls contact Mr.Taufik : 017-7000848

Jika berminat atau mempunyai pertanyaan sila hubungi En.Taufik : 017-7000848

__________________________________________________________________________