========================================================



.: Isu Semasa Berkaitan BloG :.





Salam semua.. hii..!!

Hari ni t00feak ingin mengajak kawan-kawan semua untuk membincangkan isu semasa yg tengah hangat sekarang ini,, berkaitan dgn "B.L.O.G".
Sekarang ni tengah hangat diperkatakan tentang blog dan berbagai pendapat diberikan untuk isu BLOG ini..

Mengikut kebanyakkan penguna blog dan masyarakat sekarang bersetuju dengan pendapat yg menyatakan BLOG atau laman BLOG merupakan pengganti kepada diary yg dahulunya berbentuk sebuah buku dan kini kepada E-DAIRY.. Ini kerana telah ramai pengguna laman blog menjadikan BLOG sebagai DIARY mereka dan diary atau buku diary telah ditinggalkan sepenuhnya oleh kebanyakan pengguna blog yg telah selesa menggunakan blog sebagai diary mereka sepenuhnya.

Maka telah timbulnya pertikaian serta perbalahan pendapat berkaitan laman BLOG oleh masyarakat sedunia dengan adanya kejadian seperti Penculikan, Rogol, Penipuan dan Pemalsuan (yg berkaitan individu, negara, politik dan sebagainya), Pukau atau Santau, dan pelbagai lagi masalah yg timbul disebabkan atau yg berkaitan dengan laman blog ini.

Secara ringkas,, Ada yg berpendapat menjadikan atau meggunakan laman BLOG sebagai diary mereka adalah tidak salah dan itu adalah hak individu itu masing-masing serta tiada paksaan untuk menjadikan atau menceritakan kisah diri mereka di laman BLOG mereka itu, dan menggunakan Laman Blog sebagai Diary mereka adalah memudahkan mereka untuk menulis kerana penggunaan internet adalah sudah menjadi kebiasaan atau routine harian mereka, selain untuk mendapatkan kepuasan apabila mereka dapat berkongsi cerita mereka dengan orang ramai atau rakan blog mereka.

Untuk mereka yg tidak bersetuju dengan menjadikan laman Blog sebagai pengganti Diary mereka pula berpendapat, adalah tidak sesuai untuk berbuat demikian kerana memudahkan orang asing mengenali diri seseorang itu yg mungkin tidak patut atau perlu diketahui dan dengan mudah terjadinya perkara atau kejadian-kejadian yg tidak diundang seperti diatas.

Setelah isu ini menjadi tajuk yg hangat diperkatakan, beberapa pihak tertentu telah manjalankan kajian dan hasilnya adalah seperti berikut tetapi apa yang terdapat dibawah ini diambil sebahagian darinya..:

1) Terlalu ramai dan dianggarkan berjuta laman BLOG telah wujut dan penggunaanya tidak mengenal usia tetapi peratusan tertinggi pengguna blog adalah dikalangan remaja dan pelajar.

2) 54% bersetuju laman Blog sebagai Diary ke-2 mereka.

3) 46% tidak menganggap BLOG sebagai diary tetapi hanya sebagai tempat untuk bercerita bagi tujuan keseronokan dan sedikit perkongsian.

4) 40% dari mereka tidak merasa atau menganggap laman blog sebagai diary walau hakikatnya dan tanpa disedari perbuatan mereka sebenarnya telah menjadikan Blog sebagai Diary mereka. Dan semenjak mereka semakin aktif Bloging mereka tidak menyedari yg buku diary mereka telah berabuk atau hilang entah kemana.

5) 29% dipersetujui laman Blog tergolong dalam salah satu alat atau punca jika tidak digunakan dengan betul dan bijak boleh mendorong kepada masalah seperti "Penculikan, Rogol, Penipuan dan Pemalsuan (yg berkaitan individu, negara, politik dan sebagainya), Pukau atau Santau, dan pelbagai lagi masalah yg timbul disebabkan atau yg berkaitan dengan laman blog ini". Selain laman-laman chating lain.

6) Ianya juga boleh menjadi salah satu punca perbalahan dan permasalahan didalam sesuatu perkara, hubungan dan sebagainya.

-dan lain-lain-

Dari kajian yg dibuat terlalu banyak kesan yg negatif dari yg positif jika tiada kesedaran untuk menggunakan kemudahan ICT ini dengan bijak, tetapi akan membawa lebih banyak kebaikan jika kita tahu baik dan buruk sebenarnya dan menggunakannya secara bijak dan berhemah.

~

Kesimpulannya ramai yg masih tidak sedar mana yg betul atau tidak. So pada t00feak, korang dikurniakan akal fikiran untuk menilai mane yg baik dan buruk so Lu Fikir Sendiri huhuh...

So pade korg semua yg xpuas hati atau nk bagi comment serta pendapat so boleh la korang share kat comment ok..

Dlm cerita kat atas ni pun ade sebut pasal bijak dan berhemah so harap korg nk komen tu pun biar la ngan ayat or cara yg bijak dan berhemah ok.. =)

ok adios..!!

.: Tahun Baru tak berape nk Baru :.







Allooo..!!
hehe, tau x nape lak t00feak ckp tahun baru xberape nk baru?

xde ape pun yg menarik tapi t00feak ckp camtu sbb baru skrg t00feak nk post kat sini and wish tahun baru kat korg semua hehe..

SeLaMaT TaHuN BaRu & SeMoGa TaHuN BaRu Ni MeMbAwA LeBiH BnYaK ErTi DaLaM KeHiDuPaN Korang...!!!!!