========================================================



.: i Pill ?? :.



iPill - kapsul ubat elektronik pintar berteknologi tinggi...


Syarikat Philips Research baru-baru ini telah memperkenalkan kapsul elektronik pintar untuk kegunaan ubat-ubatan farmaseutikal. Sebelum ini, teknologi yang serupa digunakan sebagai alat untuk 'melihat' di dalam usus manusia bagi mengenalpasti jenis dan tahap penyakit.

iPill mempunyai saiz yang sama dengan kapsul ubat-ubatan yang biasa dimakan. Cuma ia dilengkapi dengan komputer mikro, pengesan dan pemancar mikro tanpa wayar. Kapsul ini juga boleh ditelan seperti kapsul ubat biasa dengan air dan melalui sistem penghadaman tanpa dimusnahkan. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh dipakai untuk sekali sahaja

Dengan kapsul ini, doktor boleh mengawal kadar pembebasan ubat dari kapsul ke dalam usus sebelum diserap ke dalam sistem peredaran darah. Teknologi ini juga boleh membantu untuk meningkatkan kadar keberkesanan ubat-ubatan yang digunakan selain memberi ruang lebih besar untuk doktor memantau tindak balas pesakit ke atas ubat yang diambil.

Sebagai contoh, jika komputer mikro di dalam kapsul dapat mengesan tindak balas 'overdose', ia akan bertindak menghubungi doktor dan doktor tersebut boleh mengarahkan komputer untuk menghentikan pembebasan ubat dari kapsul melalui alat kawalan jauh (Transceiver).

iPill mendapat sumber kuasa dari bateri silver oxide yang mampu bertahan untuk tempoh 48 jam.



Buat masa ini, iPill masih diperingkat prototaip dan pihak Philips Research masih berunding dengan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk mengkomersialkan teknologi terbaru ini.

A. Microprocessor

B. pH Sensor

C. Temperature Sensor

D. Fluid Pump

E. Wireless Transceiver

F. Battery



credit: www.mysahabat.org



No comments: