========================================================



.: MEMO KEPADA SEMUA STAFF 2009 :.


MEMO KEPADA SEMUA STAFF

Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2009, syarikat anda akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-



a. PENGANGKUTAN.

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda
contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan
gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun
atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak
simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kerata nasional sama ada proton atau perodua,
kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada
kenaikan gaji.



b. CUTI TAHUNAN.

Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakanya ialah hari sabtu dan ahad.



c. WAKTU LUNCH:

1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka
perlu makan lebih untuk kesihatan.

2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini
kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit
sahaja. Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk
menguruskan badan.



d. CUTI SAKIT:

Mulai 2009 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor, ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC, anda tentu
boleh
pergi kerja juga....



e. PENGGUNAAN TANDAS:

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di
dalam tandas. Mulai tahun 2009 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas
selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya
tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan
menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam, kami akan menampal
gambar anda di notis board di bawah korum 'staff sembelit'.



f. PEMBEDAHAN :

Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan
sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari
dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai
organ yang cukup.... Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar
kontrak.



g. PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail,
chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti
harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3
bulan gaji mereka.

Terima kasih, kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan
cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen,
aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh
disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

2 comments:

oshinz said...

phew.. naseb baek blom keje lg.
klu tak mesti saket ati je klu dapat bos yang camni.. hehehe.
klu skrg oshinz jd slh sorang staff, segera berkata kpd bos:
ye bos, sile masuk tanjung rambutan sekarang!! sy sanggup tanggung kos kemasukan anda ke sane.. insane!!

SoLiD MuTiArA TECH said...

huhuh pastu oshinz yg akan kene anta kat sane hahahah